
Skuad kebangsaan Norway mengalahkan Latvia 2-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia, tetapi 2 gol dalam perlawanan itu dibayangi oleh percubaan yang gagal datang dari penyerang mereka sendiri.
Joshua King adalah pemain antarabangsa yang berpengalaman dengan memiliki 335 penampilan dan 72 gol untuk kelab diwakilinya, sementara menjaringkan 17 gol dalam 54 perlawanan untuk pasukan kebangsaan.
Setelah menggantikan Haaland pada minit ke-88′, penyerang Watford itu menghasilkan salah satu momen paling menghairankan dan aneh yang pernah anda lihat.

King hanya berada di padang selama lima minit, tetapi lima minit itu mungkin detik yang mahu dilupakan seumur hidupnya.
Ketika rakannya melorongkan bola yang hanya memerlukan jolokan mudah ke dalam gawang yang kosong, entah bagaimana King hanya menahan bola bagi penjaga gol untuk menangkapnya dengan mudah.
Mujur baginya, itu bukanlah jaringan yang ditagih oleh pasukannya kerana Norway sudahpun menjamin kemenangan 2-0 sekaligus mengutip 3 mata penuh dalam kumpulan G.