
Mikel Arteta telah mengesahkan ada sesuatu yang Arsenal masih perlu untuk diperkukuhkan sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.
Arsenal telah membawa masuk dua pemain setakat ini pada jendela Januari, Leandro Trossard dan Jakub Kiwior.
Kiwior memperkuatkan benteng pertahanan, manakala Trossard boleh memainkan beberapa posisi dalam serangan.
Dengan Mohammed Elneny kini cedera, Arteta telah mengesahkan bahawa Arsenal sedang mencari pemain tengah tambahan sebelum hari terakhir.
“Secara idealnya, kami memerlukan sokongan di bahagian tengah jika mampu.
“Tetapi dalam pasaran (perpindahan), ia kini semakin sukar.
“Saya selalu mengatakan yang paling penting adalah prestasi dan masa dengan pemain yang sedia ada.
Jika Arsenal mahu terus berada di puncak Premier League, menambah ahli untuk beberapa posisi akan menjadi dorongan besar bagi skuad mereka.