
Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dilaporkan boleh bergabung bersama di Paris Saint-Germain melihat selepas mengesahkan perpindahannya semalam.
Kelab gergasi Ligue 1 itu mengumumkan ketibaan Messi dari Barcelona minggu ini dan akhbar dari Sepanyol, AS Diario mendakwa Ronaldo akan menggantikan posisi Kylian Mbappe, yang kini sedang berada pada tahun terakhir kontraknya di Parc des Princes.
Nampaknya, Ronaldo adalah sasaran utama PSG untuk menggantikan Mbappe, yang telah dikaitkan dengan penghijrahan ke Real Madrid atau Liverpool sejak kebelakangan ini.


AS Diario mendakwa Ronaldo akan meninggalkan Juventus untuk menyertai PSG dan menandatangani kontrak dua tahun sambil merancang untuk berpindah ke MLS atau Qatar pada musim yang mendatang.
Ini bererti Ronaldo akan berada di PSG sehinggalah usianya 39 tahun dan pemain antarabangsa Portugal itu sering menyatakan hasratnya untuk bermain di peringkat tertinggi sehingga berusia 40-an.
Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu masih lagi menjaga penampilannya yang luar biasa, jadi tidak mustahil untuk kita melihat gandingannya bersama Messi sebagai rakan sepasukan.
Kedua-dua pemain bola sepak yang disanjung tinggi oleh semua orang itu telah menetapkan cita-cita mereka untuk menjadi yang terbaik, namun sehingga kini CR7 dan Messi tidak bermain dalam satu pasukan yang sama.
Peluang untuk melihat trio Neymar-Messi-Ronaldo juga dilihat semakin cerah.