by klasikko in
UEFA Europa League

Penjaga gol Omonia, Francis Uzoho tidak berhenti tersenyum dalam temu bual yang penuh jujur selepas aksi heroiknya meskipun tewas tipis 1-0.

Uzoho ialah peminat United sepanjang hidup dan dinamakan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan Liga Europa di Old Trafford, awal pagi tadi.

Pemain berusia 23 tahun itu mempamerkan aksi heroik dengan melakukan penyelamatan demi penyelamatan penting menentang pasukan Erik ten Hag.

Pemain-pemain seperti Casemiro, Marcus Rashford dan Cristiano Ronaldo mencurahkan segala tenaga yang mereka ada, namun Uzoho menangkis usaha mereka lagi dan lagi.

Malang bagi Uzoho dan Omonia, pemain Nigeria itu ditewaskan pada minit ke-93 apabila Scott McTominay merembat bola ke gawang dari jarak dekat untuk memberikan kemenangan dicari-cari pasukan tuan rumah.

Ia adalah kekalahan agak menyedihkan untuk Uzoho dan Omonia yang hampir-hampir meninggalkan Old Trafford dengan mencuri 1 mata.

Tetapi Uzoho yang melakukan 12 penyelamatan dan diberi rating 9.2/10 oleh WhoScored.com amat berpuas hati selepas perlawanan itu.

Dia tidak boleh berhenti tersenyum dalam temu bual dengan BT Sport.

Apabila ditanya sama ada dia kecewa selepas perlawanan, dia menjawab: “Saya langsung tidak kecewa kerana kami bermain permainan yang bagus. Kami lebih suka untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata tetapi saya gembira.

“Ia bukan sebuah stadium yang mudah untuk bermain di sini dengan pemain bintang, tetapi saya gembira secara umumnya.

“Ia adalah impian yang menjadi kenyataan [bermain di Old Trafford]. Saya telah bermimpi untuk bermain di sini sejak sekian lama.

“Jadi apabila saya melihat cabutan undian, dan saya fikir saya akan bermain di Old Trafford, saya mahu bermain dan berdoa kepada Tuhan bahawa saya akan mendapat peluang untuk bermain.

“Saya mendapatnya dan saya gembira kerana saya bermain di sini.

Apabila ditanya sama ada ia adalah persambahan terbaik dalam kariernya, Uzoho menjawab: “Boleh dikatakan ya. Ya, saya fikir begitu.”

Dia menambah: “Saya sangat berbangga dengan rakan sepasukan lain. Ia bukanlah kerja seorang diri. Kami memberikan segala-galanya sebagai satu pasukan. Saya gembira dengan prestasi saya dan itu sahaja.”

Temu bual yang ikhlas. Uzoho tidak akan melupakan persembahan heroik di Old Trafford sepanjang hayatnya.

Share Post:

Related Posts