by klasikko in
Legend

Cristiano Ronaldo telah menyertai dunia dalam berkabung atas kematian Pele.

Semua orang terkejut dengan berita ke atas atlet terhebat yang pernah hidup setelah meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat bertarung dengan kanser kolon.

Peminat amat risau dengan keadaan Pele yang menghabiskan masa Krismas di hospital, menerima sokongan dan ucapan cepat sembuh dari seluruh dunia.

Tetapi malangnya, sebuah pelita paling terang sekalipun tidak akan terbakar selama-lamanya.

Pele meninggalkan legasi yang luar biasa iaitu satu-satunya pemenang Piala Dunia tiga kali dalam sejarah, ‘Athlete of the Century’ (IOC) dan pemain terbaik sepanjang abad oleh FIFA.

Dengan lebih daripada 1,000 gol yang melekat pada namanya, Pele merupakan pemain bola sepak paling luar biasa serta telah menjadi selebriti global sejati pertama sukan itu.

Penghormatan diberikan kepada legenda Santos itu betapa bermaknanya dia kepada sesiapa sahaja dan semua orang yang berminat dalam bola sepak serta kehidupan.

Daripada Kylian Mbappe kepada Lionel Messi dan Neymar ke Brazil sendiri, curahan kasih sayang untuk Pele tidak pernah putus-putus.

Penghormatan yang mengharukan atau menyentuh hati seperti yang ditulis oleh Ronaldo dengan menyatakan kesedihannya mendegar berita yang membuatkan 524 juta pengikutnya di Instagram juga turut

Terjemahan penghormatan Ronaldo berbunyi seperti berikut: “Takziah yang mendalam kepada seluruh Brazil dan khususnya kepada keluarga Edson Arantes do Nascimento (Pele).

“Sekadar ‘selamat tinggal’ kepada Raja Pelé yang kekal tidak akan pernah cukup untuk meluahkan rasa sakit yang sedang ditanggung oleh seluruh dunia bola sepak.

“Inspirasi kepada jutaan orang, rujukan semalam, hari ini dan selamanya.

“Cinta yang kamu selalu tunjukkan pada saya dibalas dalam setiap saat kita berkongsi walaupun dari jauh.

“Dia tidak akan dilupakan dan ingatannya akan kekal selama-lamanya dalam setiap kita pencinta bola sepak.

“Berehatlah dengan tenang Raja Pelé.”

Share Post:

Related Posts