
Scott McTominay mendedahkan pra-musim Manchester United ‘sangat menjanjikan’ setakat ini.
Dia juga bersikap ‘optimis’ tentang peluang pasukannya pada kempen baru nanti.
Pengurus baru, Erik ten Hag telah ditugaskan untuk membina semula United susulan musim terburuk Premier League yang lalu.
Walaupun Ten Hag hanya membuat satu penambahan setakat ini dengan kehadiran pertahanan Tyrell Malacia.
Namun, McTominay tidak boleh menyembunyikan semangat positifnya ditambah rekrut terbaru mereka menjelang musim baru.
“Sekarang adalah masa untuk optimis,” kata pemain tengah itu kepada United Daily.
“Kami sangat menantikan apa yang akan datang kerana cara jurulatih telah menyampaikan idea mereka kepada semua pemain dan semua kakitangan sangat menjanjikan.”
McTominay juga ditanya pendapat peribadi mengenai persediaan untuk musim baru.
“Sejujurnya, tidak banyak dari segi masa bercuti. Mungkin lima atau enam sesi latihan.
“Tetapi kami hanya mempunyai dua setengah minggu rehat supaya kami tidak keletihan.
“Kami perlu memastikan rehat yang cukup dan pastikan masa yang cukup untuk pulih dengan pantas, tetapi jelas ada peluang untuk menjadikan badan kami lebih kuat.
“Saya rasa baik, saya rasa segar, saya rasa cergas dan mengatasi perbezaan masa di sini.
“Kami menantikan minggu yang baik dari segi perlawanan yang akan kami hadapi dan juga latihan.
“Saya rasa semua pemain lebih daripada bersedia untuk melakukan tugas mereka di bawah jurulatih baharu, sudah pasti.”
United meningkatkan persiapan mereka untuk kempen 2022/23 dengan perlawanan persahabatan pra-musim menentang pencabar terdekat, Liverpool di Bangkok.
Ia diikuti dengan perlawanan menentang Melbourne Victory, Crystal Palace dan Aston Villa di Australia.