
Penyerang PSG, Kylian Mbappe telah mengenalpasti pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker sebagai salah satu pencabar utamanya ketika berlari di atas padang.
Pemain antarabangsa Perancis itu mungkin akan berhadapan dengan Walker untuk kali kedua pada tahun ini dalam Kejuaraan Eropah, sekiranya England lolos ke peringkat kalah mati.
Kyle Walker melakukan tugas yang sangat baik dalam aksi separuh akhir UEFA Champions League dengan bek kanan itu mahu mengawal rapi Mbappe andai mereka berdua akan bertemu sekali lagi.
Baru-baru ini, saya bercakap dengan ayah saya mengenai seorang pemain yang membuat saya kagum, kerana sewaktu itu saya tidak bermain.
Saya amat mengagumi kepantasan (Jérémy) Doku, di Rennes.
Selama lima tahun sebagai seorang pemain profesional, saya tidak pernah melihat lagi seseorang yang gagah berdiri dari minit pertama hingga terakhir.
Dari segi pemain yang sangat pantas, saya juga akan meletakkan Pierre-Emerick Aubameyang dan Neymar sewaktu sebelum kecederaannya.
Seperti Kyle Walker di Manchester City, dia seperti sebuah kereta kebal apabila dia mencapai tahap kepantasan yang memuncak.
Mbappe menyebut beberapa nama yang paling laju pernah beliau bertemu termasuklah Walker
Sudah terbukti Walker meninggalkan kesan yang mendalam kepada Kylian Mbappe setelah kedua-duanya saling bertembung pada April lalu.
Walaupun konsistensi Walker kadangkala menjadi tanda tanya, namun tidak diragukan lagi kekuatan fizikal yang dimilikinya.
PAPAN IKLAN
Tonton pelbagai siaran TV tempatan, luar negara, sukan dan banyak lagi dengan menggunakan internet dengan harga yang paling murah dan mudah melalui peranti Android dan iOS. Jika berminat, sila hubungi:


*Jika anda mempunyai sebarang produk, perniagaan atau sebagainya untuk kami promosikan, sila layari laman Facebook kami atau komen di ruangan di bawah untuk pertanyaan lanjut.