
Mauricio Pochettino dijangka diumumkan sebagai pengurus tetap Chelsea seterusnya dalam beberapa hari akan datang.
Menurut laporan baru-baru ini, bos dari Argentina itu telah mengenalpasti tiga posisi yang perlu diperkukuhkan oleh kelab baharunya.
Menurut laporan Daily Mail baru-baru ini, bekas jurulatih Spurs itu mahu The Blues merekrut lebih ramai pemain.
Walaupun pemilik jutawan Amerika Syarikat, Todd Boehly membelanjakan lebih £600 juta dalam dua jendela perpindahan terakhir.
Walaupun keutamaan Boehly dan Pochettino adalah untuk mengurangkan skuad The Blues kepada saiz yang lebih terurus.
Terdapat beberapa permintaan oleh pengurus baru supaya pasukan London itu menandatangani penjaga gol, pemain tengah dan penyerang baharu.
Chelsea kini mempunyai Romelu Lukaku yang dihantar sekali lagi ke Inter Milan secara pinjaman.
Laporan ini mungkin merupakan petunjuk paling jelas bahawa pemain Belgium itu tidak mempunyai masa depan di Stamford Bridge.
Kai Havertz dan Joao Felix adalah satu-satunya penyerang lain yang diiktiraf dengan penyerang yang terakhir akan kembali ke Atletico Madrid sebaik sahaja pinjamannya tamat pada penghujung musim.
Ia boleh difahami mengapa Pochettino mungkin mahukan penyerang baharu.
Dari segi penjaga gol, baik Kepa mahupun Edouard Mendy tidak melakukan banyak perkara untuk menarik perhatian.
Jadi, cadangan untuk mendapatkan pemain nombor satu baharu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Bagi posisi tengah, kedudukan ini yang termasuklah pemain termahal, Enzo Fernandez adalah salah satu kedudukan paling mantap Chelsea.
Tetapi tidak mustahil bagi mereka membawa masuk beberapa muka baru.
Bagaimanapun, ada juga pemain yang perlu pergi seperti Conor Gallagher dan Mason Mount yang akan tamat kontrak tidak lama lagi.