by klasikko in
Premier League

Kylian Mbappe dilaporkan bersedia untuk kekal di Paris Saint-Germain dan tidak akan berpindah ke Real Madrid mahupun Liverpool.

Pemain kebangsaan Perancis dijangka akan menyertai Los Blancos, tetapi dilaporkan beliau gembira di PSG serta akan menandatangani kontrak baharu dalam waktu terdekat.

Bagaimanakah ini mempengaruhi Liverpool? Setakat ini kita belum pasti, tetapi ramai yang membuat andaian bahawa Madrid tidak akan hanya berdiam diri dengan mencari alternatif yang lain.

Mbappe adalah salah seorang pemain terbaik di dunia serta sangat sesuai untuk Real, tetapi Pelan B yang boleh diterima mungkin terletak di Anfield iaitu Mohamed Salah.

Penyerang Mesir itu berada pada tahap yang sangat cemerlang di Merseyside tetapi isu kontraknya masih belum diperjelaskan yang akan tamat pada penghujung musim depan.

Salah juga telah mencetuskan desas-desus mengenai perpindahannya serta memberikan respons positif kepada Marca apabila ditanya tentang kemungkinan menyertai Real Madrid atau Barcelona.

Terdapat khabar angin yang mengatakan Madrid mahu melakukan pertukaran yang melibatkan Eden Hazard serta sejumlah wang yang ditetapkan untuk Mo Salah.

Liverpool perlu bertindak pantas untuk mendapatkan perjanjian baharu untuk Salah, jika tidak ia akan menjadi beberapa bulan yang sukar buat mereka.

Skuad kendalian Jurgen Klopp sudah hampir kalah dalam perebutan kejuaraan Premier League andai Manchester City terus mendominasi puncak liga.

Pemain berusia 29 tahun itu sudah memegang status legenda di Liverpool untuk semua yang telah dicapai sejak menyertai kelab itu lima tahun lalu, jadi tidak hairanlah jika beliau mahu menyahut cabaran yang baharu di Sepanyol.

Sudah pasti, terdapat pilihan lain di kelab lain untuk Madrid seperti Erling Haaland dan Robert Lewandowski yang masih dalam radar mereka sebagai alternatif kepada Mbappe, tetapi The Reds juga harus berhati-hati selepas menerima berita ini.

Sebelum ini, bintang Liverpool juga telah disambar oleh gergasi La Liga, dengan Luis Suarez dan Philippe Coutinho kedua-duanya beralih angin ke Barcelona sewaktu kemuncak karier mereka.

Kehilangan Salah pastinya akan menjadi tamparan yang hebat buat Reds.

Share Post:

Related Posts