by admin in
Legend

Kita digemparkan dengan satu khabar yang paling menyedihkan tatkala salah seorang pemain terhandal di dunia telah pun pergi meninggalkan kita.

Walaubagaimanapun, Diego Maradona pernah merasai pengalaman bermain di dalam bolasepak Inggeris.

Mendiang berpeluang beraksi bersama Tottenham Hotspur. Walaupun tidak tercatat di dalam buku rekod, namun malam itu mungkin menjadi malam yang luar biasa.

New Tottenham stadium: When Diego Maradona played at White Hart Lane  against Inter
Maradona mengenakan jersi serba putih bersama dengan Lagenda Spurs serta rakan senegaranya, Ossie Ardiles

Sekitar 30 ribu penonton yang membanjiri Stadium White Hart Lane boleh dianggap sebagai bertuah kerana telah menjadi saksi pada malam yang penuh indah buat mereka.

Persoalannya, kenapa beliau menyarung baju yang berlogo Spurs di dada? Jawapannya adalah Maradona memunculkan dirinya dalam perlawanan testimoni rakan sekampungnya, Ardiles menentang Inter Milan pada 1986.

Selain itu, bahagian tengah Tottenham sewaktu itu dibarisi nama-nama hebat seperti Glenn Hoddle dan Chris Waddle.

Ironinya, Maradona ketika itu hadir tanpa sepasang but bola dan terpaksa meminjam kepunyaan penggempur utama The Lilywhites, Clive Allen.

Pin on Don Diego
Allen (kanan) meminjamkan boot kepada Maradona

Ossie mengatakan “Siapa yang mengambil but bersaiz enam setengah?”

Saya memberitahu kepadanya (Maradona) bahawa saya mempunyai 2 pasang but.

Sepasang but lama yang saya pakai sepanjang musim dan sepasang but baru yang saya sedang pakai ketika itu.

Saya pun berkata “Diego, jadilah seperti tetamu di rumah saya dan ambil sahaja pasangan but yang kamu mahukan!”

Allen mengenang kembali perbualan di antaranya dengan Maradona dan Ardiles

Bertindak sebagai penterjemah bahasa Inggeris dan Sepanyol, Ardiles menjelaskan yang Maradona menginginkan but lama miliknya.

Namun, setelah diberi kebenaran dari Allen, beliau terus menukar hajatnya untuk memakai but yang baru, bahkan menandatangani autograf pada sepasang but itu selepas selesainya perlawanan.

Tottenham and England legend Clive Allen, 58, reveals he has coronavirus  and is in self-isolation
Allen menghasilkan 49 gol buat Spurs pada kempen 1986/1987

Allen juga sumbang 1 jaringan dalam kemenangan tipis 2-1 ke atas gergasi Itali, Inter. Sementara Mark Falco turut tersenarai dalam nama penjaring sewaktu perlawanan yang penuh sejarah itu.

Saya tidak pernah beraksi di dalam satu perlawanan seperti seorang penonton.

Pada malam itu, Diego dan Glenn seperti datang dari planet yang lain!

Mereka seakan-akan ada hubungan telepati dan kamu mahu mereka memiliki penguasaan bola yang sepenuhnya.

Beberapa sentuhan dan skill daripada mereka cukup memukau!

Glenn Hoddle was England's answer to Diego Maradona as Tottenham great  fights for his life
Allen berpendapat gandingan Maradona-Hoddle pasti menjadi satu sensasi

Maradona sempat bertemu saya di bilik persalinan dan berjabat tangan.

Menerusi terjemahan Ossie, beliau mengatakan “Seorang pemain yang bagus, kamu patut bermain di Itali.”

Saya seperti “Wow, Maradona menganggap saya sebagai pemain yang bagus!”

Momen yang tidak akan dilupakan Allen selepas dipuji Maradona
Share Post:

Related Posts

No Comments

Leave a Reply