
Cristiano Ronaldo nampaknya tidak akan lagi menyarung jersi Manchester United selepas temu bualnya dengan Piers Morgan menyebabkan ketegangan melanda di Old Trafford.
Hujung minggu lalu, United menang tipis 2-1 di Craven Cottage untuk mengutip tiga mata penting dalam perlawanan terakhir mereka sebelum Piala Dunia.
Gol kemenangan itu dijaringkan oleh pemain akademi berusia 18 tahun, Alejandro Garnacho yang membuatkan peminat dan pemain United teruja dengan prospek bintang baru mereka.
Pada hari yang sama, Morgan mengumumkan temu bual eksklusifnya dengan pemenang Ballon d’Or lima kali itu sebagai “temu bual paling jujur yang pernah dia berikan”.
Dalam dua hari lalu, Morgan telah mengeluarkan coretan pendek yang merangkumi 2 episod sebelum disiarkan sepenuhnya pada malam Rabu dan Khamis.
Setakat ini, Ronaldo telah memperincikan kekurangan rasa hormatnya terhadap Erik ten Hag, bagaimana dia merasa “dikhianati” oleh kelab.
Ronaldo merasakan dia dipaksa keluar dari United, situasi dengan Glazers, fasiliti lapuk di stadium serta tempat latihan Carrington dan banyak lagi.
Di tengah-tengah drama itu, Red Devils dilaporkan merancang untuk mengambil tindakan dan membincangkan isu bersama pihak atasan untuk menyelesaikan situasi itu.
Walau apa pun keputusan mereka, pemain berusia 37 tahun itu nampaknya akan meninggalkan United sejurus Januari.
Walaupun dia sentiasa dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dalam bola sepak dunia, adakah United memerlukannya di kelab itu pada masa ini?
Menurut statistik mengejutkan yang disediakan oleh Sky Sports, Manchester United lebih bagus tanpanya.