by admin in
Premier League

Bos Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menjangkakan Luke Shaw dan Victor Lindelof akan mampu beraksi bertemu dengan Burnley pada hari Selasa.

Pasangan ini disisihkan ketika kemenangan 1-0 pada Sabtu menentang Watford dalam Piala FA, dengan Solskjaer membuat sembilan perubahan untuk kunjungan ke laman Hornets.

United boleh naik ke tangga teratas Premier League jika mereka mengelakkan kekalahan di Turf Moor, yang akan menjadi dorongan besar bagi ‘The Red Devils’ sebelum perjalanan mereka ke Anfield untuk menghadapi juara bertahan, Liverpool pada hari Ahad.

Dan Solskjaer mengesahkan pada sidang media pra-perlawanan hari ini bahawa Lindelof dan Shaw dapat berlatih hari ini menjelang perjalanan ke Lancashire, sementara Paul Pogba dan Eric Bailly hanya dapat terlibat sebahagian latihan.

“Kesemua mereka dapat berlatih hari ini [Isnin],” ujar pengurus kelahiran Norway itu.

“Paul dan Eric tidak dapat melakukan semua, tetapi Luke dan Victor dapat melakukannya. Saya ada beberapa pemain yang berguna untuk diturunkan.

“Kita kena lihat bagaimana keadaan Paul dan Eric esok.

Selepas kemenangan tipis ke atas Watford pada hujung minggu lalu, Solksjaer tidak memberikan dengan terperinci mengenai tahap kecederaan yang dialami pemain beliau.

Lindelof sebelum ini berhadapan dengan masalah sakit belakang sepanjang musim sementara Luke Shaw semakin pulih daripada kecederaan hamstring yang dialami beliau.

Bailly menerima kecederaan ketika pertemuan dengan Watford. Beliau dikeluarkan pada separuh masa pertama selepas berlanggar dengan penjaga gol, Dean Henderson.

Share Post:

Related Posts

No Comments

Leave a Reply