by klasikko in
Premier League

Manchester United tidak menafikan untuk menandatangani pemain sayap Ajax, Antony.

Menurut laporan dari TalkSPORT yang mendakwa perbelanjaan musim panas Red Devils masih boleh diteruskan untuk membawa masuk penyerang sebelah kanan.

Mason Greenwood kekal digantung oleh kelab, Amad masih muda dan tidak berpengalaman, manakala Facundo Pellistri akan dipinjamkan semula.

Tidak mengejutkan untuk melihat Erik ten Hag yang sudah mengenali Antony sewaktu bekerja bersama-sama di Amsterdam.

Mungkin ia adalah berita menarik untuk penyokong United, namun mereka perlu berhati-hati kerana Ajax dilaporkan meletakkan tanda harga £69 juta ke atas pemain Brazil itu.

Sekiranya Red Devils menandatangani Antony sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September, dia akan menjadi pembelian keempat musim panas.

Ia akan diikuti Tyrell Malacia, Christian Eriksen dan bekas pertahanan Ajax, Lisandro Martinez semuanya menyertai United awal bulan ini.

Sejak menyertai Ajax dari Sao Paulo pada 2020, pemain berusia 22 tahun itu masih mempunyai baki tiga tahun dalam perjanjiannya.

Antony telah beraksi dalam 78 perlawanan untuk semua pertandingan, menyumbang secara langsung kepada 42 gol yang mengagumkan.

Share Post:

Related Posts