
Manchester United dilaporkan terpaksa membayar lebih daripada €120 juta untuk duo Ajax, Antony dan Lisandro Martinez.
Red Devils memulakan musim panas dengan diam membisu, hanya Tyrell Malacia yang ditandatangani mereka setakat ini.
Tetapi nampaknya mereka bakal berbelanja besar untuk beberapa sasaran mereka yang lain.
Menurut 90min, Antony dan Martinez adalah antara keutamaan mereka, tetapi Ajax meminta antara €70 juta dan €50 juta untuk kedua-duanya.
Itu akan menjadi pelaburan besar dari Man Utd, tetapi nampaknya ia adalah perniagaan yang baik untuk mengukuhkan dua posisi penting.
Erik ten Hag mengemudi skuad yang lemah pada bahagian pertahanan dan serangan.
Bagaimanapun, itu hanyalah bayaran permulaan yang tidak termasuk dengan bonus serta bayaran tambahan yang boleh mencecah lebih daripada €120 juta.
United juga dikaitkan dengan Frenkie de Jong, sementara perlumbaan bagi pemain tengah Barcelona itu masih diteruskan.
Red Devils tidak tergesa-gesa untuk tunduk kepada tuntutan Barca, sebaliknya memilih jalan yang berliku-liku.