
Manchester United mungkin ingin meniru kisah Cristiano Ronaldo dengan menandatangani seorang lagi pemain muda Sporting Lisbon.
Ronaldo menandatangani kontrak dengan Manchester United sebagai pemain muda dari Sporting Lisbon dan kemudiannya mempunyai salah satu kerjaya terbaik yang tidak pernah sesiapa bayangkan.
United mengambil risiko dengan membawa masuk Ronaldo dari liga yang lebih rendah dengan bayaran yang tinggi pada masa itu, tetapi ia membuahkan hasil.
Kini, nampaknya Manchester United mungkin ingin meniru kisah ini dengan laporan mendakwa bahawa juara 20 kali itu berminat untuk mendapatkan pemain muda Sporting Lisbon, Abdul Fatawu Issahaku.
Pemain sayap berusia 18 tahun berkembang pesat pada usia muda, kerap terlibat dalam sesi latihan pasukan utama dan sudah membuat 12 penampilan untuk negaranya, Ghana.
Jika Isahaku mempunyai kerjaya sebaik seperti Ronaldo, Manchester United tidak akan terlepas peluang untuk mendapatkan pemain muda itu.
Sebelum menyertai Sporting, pemain berusia 18 tahun itu beraksi cemerlang di Ghana, menjaringkan 12 gol dan menyumbang 12 bantuan dalam hanya 14 perlawanan liga dalam semusim.
Issahaku jelas merupakan prospek yang cerah dan perpindahan ke Manchester United mungkin menarik minat anak muda Sporting itu serta kisah karier Ronaldo dapat ditiru semula.