by klasikko in
Premier League

Erik ten Hag dan anak buahnya berkunjung ke London untuk menentang pendahulu Premier League, Arsenal di Emirates tengah malam nanti.

Manchester United sudah pun kehilangan maestro tengah, Casemiro setelah menerima kad kuning kelima pada pertengahan minggu.

Pemain Brazil itu terpaksa menjalani penggantungan satu perlawanan.

Bagaimanapun, dua kehilangan yang ketara daripada skuad United adalah Diogo Dalot dan Anthony Martial, menurut Manchester Evening News.

Ini bermakna pengurus Belanda itu mungkin akan bergantung kepada rekrut baru, Wout Weghorst untuk mengetuai barisan dengan Aaron Wan-Bissaka menggantikan posisi di bek kanan.

The Red Devils telah memberikan Arsenal satu-satunya kekalahan mereka dalam kempen Liga Perdana 2022/2023 setakat ini.

Sejak itu, Arsenal belum tewas dan menghuni carta teratas dengan kelebihan lima mata ke atas pasukan di tempat kedua Manchester City.

Ia boleh meningkat kepada lapan mata jika berjaya meraih kemenangan penting di laman sendiri.

Share Post:

Related Posts