
Manchester United telah mencatatkan keputusan seri 0-0 lebih banyak berbanding pasukan Premier League yang lain sejak persaraan bekas pengurus legenda, Sir Alex Ferguson pada 2013.
Red Devils sekali lagi keciciran mata keputusan seri tanpa jaringan di tempat sendiri menentang Newcastle, dengan percubaan gol licik Cristiano Ronaldo dibatalkan oleh pengadil.
Man Utd berputih mata dengan pasukan Eddie Howe dan ini jauh daripada kali pertama mereka mengalami perlawanan seperti itu dalam era pasca Fergie.
Statistik mengejutkan melihat keputusan seri 0-0 buat kali ke-31 sejak permulaan musim 2013/14, apabila David Moyes menggantikan Ferguson sebagai pengurus.
Skuad kendalian Erik ten Hag nampaknya mempunyai masalah sebenar di depan gawang dan ia sesuatu yang terus menghantui pengurus baru itu.
Ronaldo tidak berada pada tahap terbaiknya, tetapi juga tidak diberikan peluang yang banyak.
Manakala pemain yang lain seperti Marcus Rashford dan Jadon Sancho juga berada di bawah par untuk kebanyakan musim setakat ini.