by klasikko in
AFC Asian Cup

Setelah hampir 4 dekad tidak bersaing dalam AFC Piala Asia, akhirnya Malaysia layak secara merit di pentas terbesar peringkat asia itu.

Harima Malaya dengan mudah menjinakkan Bangladesh yang lesu di hadapan puluhan ribuan penyokong yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Antara penjaring yang menyumbang gol adalah Safawi Rasid, Dion Cools, Syafiq Ahmad dan Darren Lok.

Sebenarnya, kita pun tak pasti siapa yang layak dinobatkan anugerah Man of The Match memandangkan kesemua pemain mempamerkan persembahan yang cukup mantap.

Tetapi menurut keputusan rasmi, anugerah pemain terbaik telah diberikan kepada pemain kacukan Kuching-Belgium iaitu Cools.

Meskipun beliau diamanahkan untuk berfungsi di bahagian pertahanan tengah skuad negara, namun semangat jitunya yang sanggup meninggalkan posisinya membuahkan hasil.

Hantaran pendek Shahrul Saad di dalam kotak penalti ketika situasi tendangan sudut telah melakarkan jaringan pertamanya bersama Malaysia dengan satu rembatan padu.

Selepas perlawanan, beliau bersama ketua jurulatih Kim Pan-gon hadir dalam temu ramah sidang media.

Pan-gon tidak berhenti berterima kasih kepada pemain kedua iaitu penyokong khususnya Ultras Malaya yang telah melontarkan suara mereka sepanjang 90 minit lebih permainan.

“Malam ini, (saya) berterima kasih kepada penyokong yang hadir terutamanya Ultras Malaya yang memberikan sokongan kepada kami.

“Penghargaan juga diberikan kepada kelab-kelab Liga Super, jurulatih kelab, pemilik kelab.

“Tidak lupa juga kepada pemain-pemain kami, saya bangga dengan mereka kerana memberikan sepenuhnya.”

Selepas jurulatih dari Korea itu berucap, Cools memberikan sepatah dua kata tentang gol pertama yang disumbatnya dalam jersi hitam kuning.

“Bola sepak adalah sukan secara berkumpulan, saya rasa semua layak menjadi pemain terbaik kerana semua telah melakukan kerja masing-masing.

Ketika ditanya oleh wartawan adakah keputusannya untuk memilih mewakili Malaysia daripada Belgium adalah satu keputusan yang tepat.

“Semestinya saya tidak menyesal dan saya sangat gembira kerana memilih Malaysia,

“Bukan sahaja demi bola sepak, malah untuk negara ini,

“Saya juga berdarah Malaysia, jadi saya sanggup bermatian demi negara ini,

“Saya akan berkorban selagi saya berada di sini dan saya akan mencurahkan segalanya.”

Cools pernah mendapat panggilan antarabangsa Belgium sebanyak 28 kali dalam karier remajanya.

Namun, dengan pujukan oleh beberapa individu akhirnya beliau mengubah fikiran untuk mewakili skuad Harimau Malaya tahun lalu.

Share Post:

Related Posts