by klasikko in
Premier League

Manchester City akan mencari pengganti Nathan Ake jika dia melengkapkan perpindahan kembali ke bekas kelabnya, Chelsea.

Fabrizio Romano telah menjelaskan bahawa Man City akan “100%” berada dalam pasaran untuk pemain pertahanan baru jika semua perjanjian dipersetujui untuk Ake berpindah ke Stamford Bridge.

Namun, Chelsea masih belum mencapai kata sepakat dengan City mengenai pembelian Ake, dengan juara Premier League itu menawarkan sehingga £45 juta untuk melepaskan pemain Belanda itu.

Romano mempunyai maklumat terkini mengenai kemungkinan Ake berhijrah, dengan bek Belanda itu bersetuju dengan syarat peribadi dengan gergasi London barat itu.

“City telah memaklumkan kepada Chelsea bahawa mereka mahukan £40 hingga £45 juta untuk Ake.

“Jumlah yang sama yang mereka laburkan kepada Bournemouth pada musim panas 2020.

“Rundingan sedang berjalan, terdapat perjanjian antara Ake dan Chelsea atas terma peribadi tetapi belum mencapai kata putus antara kedua-dua kelab,” kata Romano.

“Man City 100% akan menandatangani bek tengah baru sekiranya Ake pergi, tetapi semuanya bergantung kepada pemain kebangsaan Belanda itu.

“Kita perlu lihat sama ada Chelsea bersedia untuk membayar wang sebanyak itu untuk seseorang yang mereka lepaskan pada usia muda.”

Masih belum dapat dilihat siapa yang akan menjadi sasaran City untuk benteng kebal mereka, tetapi terdapat cadangan terhadap pertahanan Sevilla, Jules Kounde.

Ake tidak memberikan impak yang diingini sepanjang berada di City, tetapi telah membuktikan dia boleh menjadi pemain boleh diharap di EPL.

Chelsea pula amat menagih kudrat pertahanan terutamanya selepas kehilangan Antonio Rudiger dan Andreas Christensen ke Sepanyol pada musim panas ini.

Share Post:

Related Posts