by klasikko in
Premier League

Kapten Manchester United, Harry Maguire diboo oleh peminat semasa perlawanan pra-musim menentang Crystal Palace di Australia semalam.

Pemain berusia 29 tahun itu sudah beberapa kali bergelut untuk Red Devils musim lalu, sering diturunkan bersama Victor Lindelof di bahagian bek tengah.

Tetapi setiap kali bola datang kepada pemain England itu, ejekan kuat kedengaran dari dalam stadium.

Erik ten Hag membuat tiga pertukaran pasukannya yang menewaskan Melbourne Victory 4-1, Jumaat lepas.

David de Gea kembali dalam kesebelasan utama, manakala Tyrell Malacia diberikan permulaan pertamanya menggantikan Luke Shaw di bek kiri.

Marcus Rashford juga bermula di sayap kiri meninggalkan Anthony Elanga di bangku simpanan.

Christian Eriksen dan Lisandro Martinez yang menyertai Man Utd baru-baru ini, tidak terlibat kerana mereka tidak menyertai jelajah ke Australia.

Kedua-duanya boleh membuat penampilan pertama mereka untuk Man Utd menentang Atletico Madrid di Oslo pada 30 Julai.

Maguire dinamakan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan persahabatan kedua berturut-turut.

Selepas terlepas kemenangan 4-0 ke atas Liverpool, dia dicemuh oleh peminat di dalam Padang Kriket Melbourne sejak wisel dibunyikan.

Tidak pasti mengapa ramai yang tidak senang dengan kehadirannya di atas padang, tetapi ada yang mengatakan kerana persambahan hambarnya musim lalu yang mencalarkan prestasi United.

Bagaimanapun, United masih memegang rekod sempurna 3 aksi pemanas badan tanpa kalah, dengan kesemuanya berakhir dengan keputusan 3 gol dan lebih.

Share Post:

Related Posts