
Chelsea pernah menewaskan skuad kebangsaan Malaysia 4-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam pada 27 Julai 2013.
Dalam kita tidak sedar, penyerang baru Chelsea iaitu Romelu Lukaku juga turut terbang ke Malaysia dalam siri jelajah Chelsea ke Asia pada 8 tahun yang lalu.

The Blues tidak menunggu lama untuk menunjukkan aksi berkelas mereka dengan mendahului perlawanan seawal minit ke-6 ketika Bertrand Traore iaitu pemain Aston Villa pada hari ini bijak menerima umpanan untuk menjaringkan gol melepasi gawang Farizal Marlias.
Pasukan yang dibimbing Jose Mourinho sewaktu itu menggandakan jaringan, Kevin De Bruyne iaitu ayam tambatan Manchester City pada hari ini meledak jaringan voli pada minit ke-29, namun selang beberapa minit selepas itu beliau dikeluarkan kerana tercedera.
Walaupun tanpa kelibat De Bruyne, Chelsea menambah koleksi gol pada babak pertama menerusi Lukaku untuk memimpin perlawanan sebelum masuk waktu rehat.
Juara UEFA Super Cup itu buntu mencari jaringan pada babak kedua, tetapi masih berjaya menambah satu lagi gol menerusi Victor Moses yang kini beraksi bersama Spartak Moscow pada minit ke-89.
Malaysia menjaringkan gol saguhati pada minit ke-90 menerusi tandukan Mohd Fadhli Shas untuk menceriakan peminat tempatan yang hadir pada malam itu.
Sementara itu, suasana di stadium Shah Alam riuh dengan penonton yang berkumpul seawal jam 6 petang.
Pada ketika itu, umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, bagaimanapun, ia sedikit mempengaruhi jumlah kehadiran penonton kerana hanya sekitar 45,000 peminat yang berkapasiti 80,000 datang menyaksikan Malaysia menentang pasukan gergasi EPL itu dalam pertemuan ke-4 mereka sejak tahun 2003.
Perlawanan dijadualkan pada jam 9.45 malam untuk membolehkan peminat berbuka puasa dan datang ke stadium dengan lebih awal.
Barisan pasukan ketika itu:
Malaysia: Farizal Marlias Azizi Matt Rose, Asraruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zafuan Radzak, Nik Mohd Shahrul Azim Abd Halim, Shakir Shaari, K.Gurusamy, S. Kunalan, Mahalli Jasuli, Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha.
Chelsea: Mark Shwarzer, Branislav Ivanovic, John Terry, Michael Essien, Kevin De Bruyne, Wulfert Cornelis Van Ginkel, Eden Hazard, Romelu Lukaku, Nathaniel Chalobah, Ryan Bertrand, Bertrand Traore
PAPAN IKLAN
Nak buat side income masa PKP?
Meh abam tunjukkan caranya…kita niaga gula O!

🌟modal rendah ✅
🌟untung sehingga 200% 😍
🌟harga mampu milik 👍
🌟produk senang jual👍
🌟komisyen & bonus banyak 😍
🌟group support whatsapp dan telegram mantap disediakan😄
🌟training zero to hero💪

❤️AGEN SETIAP KAWASAN DIPERLUKAN❤️
Berminat? Boleh hubungi nombor Whatsapp di bawah: