by klasikko in
Piala Dunia

Luis Suarez mengetuai barisan Uruguay dalam pertembungan menentang Korea Selatan semalam.

Namun, persembahan hambar bekas bintang Liverpool itu menyaksikan dia dikeluarkan selepas 64 minit.

Pemain berusia 35 tahun itu membuat persiapan untuk Piala Dunia di negara asalnya bersama Nacional, tetapi penyerang itu tidak cukup tumpul di depan gol.

Suarez dilihat secara fizikal tidak mampu untuk bersaing dengan lawannya dan terlibat dalam permainan secara minima.

Pasukan dari Amerika Selatan itu kerap menyerang di bahagian sebelah kiri Darwin Nunez.

Persembahan bekas penyerang Liverpool itu menyaksikan dia dikeluarkan selepas 64 minit dan digantikan oleh Edinson Cavani.

Angka statistik daripada prestasi bekas bintang Barcelona itu sangat buruk untuk dilihat.

Suarez menamatkan perlawanan tanpa seabarang percubaan dan mencipta peluang, hanya dua sentuhan dalam kotak lawan.

Manakal tujuh hantarannya hanya tepat 50%, 18 sentuhan secara keseluruhan dan hanya memenangi perebutan bola di udara.

Ia adalah hari yang sukar untuk Suarez dan dia kini akan berusaha untuk bangkit menentang Portugal pada hari Isnin.

Share Post:

Related Posts