
Liverpool sudahpun membariskan pengganti mereka untuk Virgil van Dijk.
Meskipun tiada ura-ura mengatakan Van Dijk meninggalkan Liverpool dalam masa terdekat, tetapi usia pertahanan Belanda itu semakin lanjut.
Pada umur 31 tahun, Liverpool perlu mempertimbangkan untuk mencari pengganti jangka panjangnya dengan kontraknya juga akan tamat pada 2025.
Seorang pemain Liverpool dilaporkan sedang meninjau menggantikan Van Dijk adalah seorang lagi bek dari Belanda.
Menurut Tutto Mercato Web, Liverpool berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan Torino, Perr Schuurs.
Pemain berusia 22 tahun itu baru sahaja menyertai Torino tahun ini selepas menghabiskan beberapa musim di Ajax.
Dia telah bermain enam kali untuk kelab Itali itu setakat musim ini.
Schuurs sangat mengagumkan untuk Torino setakat ini, jadi tidak hairanlah untuk melihat Liverpool sedang menghidu peluang.
Kudrat dan tenaga Van Dijk masih boleh dikerah dalam peringkat tertinggi.
Seperti kita lihat Thiago Silva bersama Chelsea bahawa usia hanyalah satu angka, tetapi terdapat juga sisi lain di mana pemain mula merosot pada peringkat ini.
Manakala, ada sesetengah pemain yang sudah mencapai ‘usia senja’ mencari cabaran yang baru dengan berpindah ke kelab taraf bawahan.