by klasikko in
Premier League

Liverpool meningkatkan minat terhadap pemain sayap Leeds United bernilai £60 juta, Raphinha dengan Sadio Mane akan meninggalkan Anfield pada musim panas ini.

Penyerang sandaran, Takumi Minamino akan dijadikan umpan untuk memikat pemain Brazil itu ke Merseyside.

Jurgen Klopp adalah peminat tegar penyerang berusia 25 tahun itu yang telah menjaringkan 11 gol Premier League walaupun boleh dianggap sebagai musim terburuk Leeds.

Raphinha berada dalam senarai Barcelona tetapi gergasi Sepanyol itu masih berhutang dan mesti menjual pemain sebelum mereka boleh membeli musim panas ini.

Raphinha yang kini bertugas bersama kem Brazil, amat sesuai untuk permainan bertenaga tinggi Liverpool di bawah kendalian Klopp.

Leeds yang mula meningkat naik bersama jurulatih Amerika Syarikat, Jesse Marsch selepas berjaya mengelakkan penyingkiran ke Liga Championship.

The Whites berminat untuk Minamino yang menyertai Liverpool dalam perjanjian £7.25 juta pada Januari 2020.

Pemain kebangsaan Jepun itu jarang diturunkan musim lalu walaupun menjaringkan sepuluh gol dalam 24 perlawanan untuk semua pertandingan.

Klopp dipercayai sedia mengorbankan Minamino walaupun The Reds sudah kehilangan Divock Origi yang telah menyertai juara Serie A, AC Milan.

Leeds menuntut dana yang besar untuk Raphinha yang menelan belanja £17 juta apabila dibawa oleh bekas bos Elland Road Marcelo Bielsa dari kelab Perancis, Rennes pada Oktober 2020.

Pemain Amerika Selatan tersebut telah menyesuaikan diri dengan baik dengan kelajuan, intensiti dan tuntutan fizikal di EPL.

Raphinha telah mengagumkan Klopp dan kakitangannya sejak kehadirannya di England.

Bos Liverpool itu pasrah dengan kehilangan penyerang Senegal, Mane yang memasuki tahun terakhir kontraknya.

Bayern Munich berminat untuk menandatanganinya bagi menggantikan mesin gol yang berhijrah, Robert Lewondowski yang mahukan cabaran baharu.

Menjelang perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) Senegal menentang Benin, Mane mendakwa beliau akan “melakukan apa yang rakyat Senegal mahu”.

Tinjauan di negara asalnya mendapati sehingga 60-70% peminat mahukan beliau meninggalkan Liverpool.

Share Post:

Related Posts