by klasikko in
La Liga

Liverpool bersedia untuk berentap dengan Arsenal untuk mendapatkan penyerang Villarreal, Samuel Chukwueze.

Dengan kontrak Roberto Firmino akan tamat pada penghujung musim, Liverpool mungkin mempertimbangkan untuk mencari pengganti pemain Brazil itu.

Firmino mungkin menandatangani perjanjian pra-kontrak dengan kelab baharu pada bulan Januari, jadi dia boleh tergoda jika menerima tawaran yang lumayan.

Mengikat Firmino dengan perjanjian baharu sebelum Januari akan menjadi situasi yang ideal untuk Liverpool, tetapi mereka kini mempertimbangkan penggantinya jika tidak mahu senario buruk berlaku.

Menurut Fichajes, Liverpool telah menyertai Arsenal dalam perlumbaan untuk mendapatkan penyerang berkelahiran Nigeria, Chukwueze.

Chukwueze lebih kepada pemain yang beraksi di bahagian sayap berbanding Firmino.

Tetapi dengan pembelian Darwin Nunez baru-baru ini, membawa masuk pemain sayap adalah menjadi keutamaan Liverpool.

Selepas permulaan musim yang mengecewakan, Jurgen Klopp mungkin akan mencari pengukuhan sama ada pada jendela perpindahan Januari atau musim panas depan.

Untuk bersaing dengan pasukan seperti Arsenal dan Manchester City, maka mereka memerlukan rekrut baru.

Share Post:

Related Posts