
Bekas pemain Manchester United, Patrice Evra berkata Thierry Henry pernah menutup televisyen selepas beliau melihat Granit Xhaka memimpin Arsenal selaku kapten.
Xhaka mencuri tumpuan ketika Arsenal bertemu Burnley apabila beliau dilayangkan kad merah selepas menerkam leher pemain lawan, Ashley Westwood di pertengahan perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, anak buah Mikel Arteta sekali lagi merasai kekalahan apabila kapten mereka, Pierre Emerrick Aubameyang menjaringkan gol sendiri, gol tunggal perlawanan.
Ia merupakan kekalahan ketujuh untuk pengurus, Mikel Arteta sepanjang 12 perlawanan yang dilalui oleh kelab utara London itu.
Evra menceritakan sebuah cerita menarik berkaitan Xhaka di mana beliau berkongsi cerita bagaimana lagenda Arsenal, Henry merasakan perasaan apabila melihat pemain tengah itu.

“Kami berbual tentang Xhaka, saya akan memberitahu anda sebuah cerita pantas. Thierry Henry pada satu hari menjemput saya ke rumah beliau.
“Beliau berkata, “mari Patrice, kita akan menonton perlawanan Arsenal”.
“Beliau membuka TV. Gambar pertama yang kami lihat di skrin ialah Xhaka sedang memimpin Arsenal sebagai kapten, Thierry Henry menutup terus TV.

“Saya bertanya, “Apa berlaku?”. Beliau berkata “saya tidak dapat menonton pasukan saya dan Xhaka menjadi kapten pasukan saya”, dan kami tidak menonton perlawanan tersebut.
“Kami mula berbual tentang banyak perkara dan beliau menutup skrin. Ia menunjukkan segalanya tentang apa yang lagenda kelab fikir tentang beliau. Beliau sekali lagi merendahkan moral pasukan beliau.
“Kita kritik Pepe terlalu banyak, namun Xhaka ia bukan pertama kali, saya masih ingat dua tahun lalu saya membuat satu komen tentang Arsenal.
“Mengatakan pasukan tersebut seperti budak kecil dan beliau berkata “Patrice Evra ia bukan pertama kali beliau berkata tentang kami”.
“Saya masih ingat perlawanan seterusnya, beliau digantikan dan beliau membuka bajunya dan menghempaskannya ke atas lantai. Jadi kita sudah muak dengan Xhaka, saya fikir penyokong Arsenal juga,” ujar Evra.

Tiada kenyataan dari Henry yang mengakui cerita yang disebutkan Evra itu betul atau tidak namun ia seakan satu penunjuk mengenai kelemahan Xhaka.
Arsenal kini gagal mencatatkan kemenangan dalam beberapa perlawanan terakhir mereka dan ia bertambah buruk apabila ketumpulan barisan serangan mereka terus terserlah.