by klasikko in
Ligue 1

Status kesihatan bekas bintang Arsenal, Alexandre Lacazette diragui untuk perlawanan persahabatan Lyon bertemu Feyenoord selepas mengalami kecederaan yang jarang berlaku.

Menurut ESPN, pemain Perancis tersebut mungkin akan diketepikan selepas mengalami disengat tebuan.

Kecederaan itu bukanlah sesuatu alasan yang biasa bagi mana-mana pemain bola sepak mendapat pengecualian dalam sesebuah perlawanan.

Insiden itu difahamkan berlaku di Belanda, di mana pasukan Lyon sedang bersiap sedia untuk musim baru dan Lacazette mengalami sengatan di hutan berhampiran.

Rakan sepasukannya, Moussa Dembele juga mengalami nasib yang sama seperti yang dinyatakan oleh Express tetapi nampaknya telah pulih lebih cepat.

Dia juga telah kembali berlatih seperti biasa beberapa hari lalu.

Lacazette menyertai Lyon dari Arsenal pada musim panas ini selepas kontraknya tamat dan menghabiskan lima tahun bersama kelab London itu.

Pemain berusia 31 tahun itu bermain 158 kali di Premier League untuk Gunners, menyumbat 54 jaringan dan membantu 25 gol.

Bintang Perancis itu kembali ke Perancis untuk bermain di kampung halamannya dan babak baharu dalam kariernya telahpun bermula.

Share Post:

Related Posts