by klasikko in
Premier League

Bek tengah baru Chelsea, Kalidou Koulibaly telah berkongsi video ke media sosial apabila dia bertanya kepada legenda, John Terry sama ada dia boleh memakai jersi terkenal No. 26 di Stamford Bridge.

Terry menggunakan nombor 26 sepanjang karier The Blues selama 19 tahun, di mana dia mengetuai kelab itu untuk memenangi lima gelaran Premier League, lima Piala FA dan satu kejayaan Liga Juara-Juara pada 2012.

Pemain pertahanan itu juga menerima penghormatan sepenuhnya pada minit ke-26 semasa penampilan terakhirnya bersama Chelsea.

Sejak pemergian Terry pada 2017, tiada pemain lain yang memakai nombor 26, tetapi Koulibaly bersedia mewarisi angka itu selepas perpindahan musim panasnya dari Napoli.

Dalam video bertarikh 15 Julai iaitu sehari sebelum pengumuman rasminya sebagai pemain Chelsea, bekas pemain Napoli itu dilihat berbual menerusi panggilan telefon bersama Terry.

Koulibaly bertanya sama ada jersi No.26 masih tersedia di Stamford Bridge dan Terry menjawab: “No. 26 itu sangat istimewa bagi saya, saya sangat menghargai panggilan dari kamu.

“Tiada masalah bagi saya untuk kamu mengambilnya, saya senang hati.

“Saya mengucapkan semoga berjaya kepada kamu kerana saya tahu betapa pentingnya nombor itu untuk saya dan saya pernah melihat kamu memakai 26 juga.

“Saya sangat berbesar hati, saya berikan kamu jersi nombor 26.”

Terry kemudian menambah: “Tiada tekanan buat kamu sahabat. Pergi dan terus memenangi trofi untuk kami.”

Koulibaly menjadi pembelian kedua Chelsea pada jendela perpindahan bulan lalu apabila melengkapkan pertukaran £34m juta dari Napoli, dia tiba sejurus kedatangan Raheem Sterling.

The Blues telah banyak dikaitkan dengan pengukuhan baru musim panas ini, dilaporkan menyatakan minat mereka terhadap pertahanan Leicester City iaitu Wesley Fofana.

Chelsea juga memantu bek kiri Brighton, Marc Cucurella yang dikatakan Manchester City sudah berundur daripada perjanjian itu.

Bagaimanapun, mereka baru sahaja terlepas sasaran jangka panjang Jules Kounde yang sebaliknya telah menandatangani kontrak untuk Barcelona.

Share Post:

Related Posts