by klasikko in
Premier League

Jordan Pickford menghasilkan persembahan yang dianggap pemain terbaik perlawanan.

Dia sungguh menakjubkan semasa Merseyside derbi yang menyaksikan keputusan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Penjaga gol Everton dan England itu melakukan lapan penyelamatan untuk mengekalkan rekod bersih pasukannya sehingga wisel panjang ditiupkan.

Pickford menafikan percubaan daripada Darwin Nunez pada separuh masa pertama dan kemudian melakukan aksi yang sama menghalang rembatan Fabinho, Roberto Firmino dan Mohamed Salah.

Bercakap kepada BT Sport selepas perlawanan, Jurgen Klopp mengakui bahawa Pickford telah melakukan “beberapa penyelamatan yang sukar dipercayai”.

Wartawan BT Sport, Des Kelly memberitahu Klopp bahawa ia adalah “sekurang-kurangnya setengah dozen” penyelamatan daripada pemain nombor satu Everton.

Klopp hanya menjawab: “Wah. Apa yang kami boleh lakukan?”

Penjaga gol Liverpool, Alisson tidak kurang hebatnya di belakang Pickford apabila memenangi anugerah Man of the Match.

Pemain Brazil itu menggagalkan jaringan pertama Neal Maupay pada pertengahan babak kedua.

Dia ditewaskan oleh pemain rekrut baru The Toffees, Conor Coady tetapi gol itu dibatalkan kerana ofsaid berikutan semakan VAR.

Dengan masa berbaki lima minit, Alisson menghasilkan penyelamatan akrobatik untuk menyaingi Pickford menutup peluang Dwight McNeil.

Keputusan itu bermakna Everton berada di tangga ke-14 yang masih mencari kemenangan liga pertama mereka musim ini.

Hakikatnya, Frank Lampard difahamkan gembira dengan usaha pemainnya.

Sementara itu, Liverpool naik ke tangga kelima tetapi hanya memperoleh dua kemenangan daripada enam perlawanan pembukaan mereka setakat ini.

Share Post:

Related Posts