by klasikko in
Premier League

Erling Haaland menjadi perhatian semua orang di Premier League sehinggakan jurulatih di seluruh England menerima soalan mengenai penyerang itu setiap minggu.

Pemain dari Norway itu telah mengegarkan EPL dengan hebat dan telah mengumpul sejumlah 15 gol dan tiga bantuan dalam sembilan perlawanan liga.

Ia menyebabkan ramai melabelkan penyerang dan pasukannya, Manchester City sukar untuk dihalang.

Pertembungan City seterusnya ialah kunjungan ke Anfield untuk berdepan pasukan Liverpool yang luar biasa.

Bos The Reds, Jurgen Klopp turut ditanya soalan mengenai penyerang City itu semasa sidang akhbarnya.

Jurulatih Jerman itu memuji pemain berusia 22 tahun itu dan sukar untuk membandingkannya dengan mana-mana penyerang lain.

Apabila ditanya oleh GOAL sama ada dia boleh membandingkan Haaland dengan mana-mana penyerang lain, Klopp menyatakan:

“Hebat sepertinya? Mungkin tidak, tetapi ada penyerang lain yang tinggi, fizikal, teknikal. Mungkin tidak sama tetapi persis.

“Zlatan (Ibrahimovic) yang luar biasa, seorang yang tinggi contohnya.

“Bagi Erling, masalahnya ialah dia menggabungkan begitu banyak perkara. Jarang sekali seseorang memiliki itu.

“Kemahiran penyudahnya jelas luar biasa tetapi dia bergerak dengan sangat pintar dan itu menjadikannya sukar.

“Anda hanya boleh menggunakan kelajuan jika anda menggunakannya dengan cara yang bijak. Hanya berlari tidak membantu.

“Anda perlu mendapatkan bola, anda perlu cukup sabar untuk tidak lari dalam kedudukan ofsaid, dan perkara-perkara seperti ini.

“Pakej itu menjadikannya istimewa, pastinya.”

Share Post:

Related Posts