
Bayern Munich sempat menyelamatkan 1 mata berharga di laman sendiri kepada FC Koln, awal pagi tadi.
Memasuki minit akhir waktu normal di Allianz Arena, juara bertahan Bundesliga itu ketinggalan 1-0.
Ellyes Skhiri meletakkan Koln di depan hanya pada minit keempat permainan.
Pemain tengah Tunisia itu menyempurnakan hantaran dari jarak dekat selepas permainan bertahan Bayern yang longlai.
Tetapi sejak dari itu, penguasaan penuh dilakukan pasukan tuan rumah.
Bayern memiliki penguasaan bola sebanyak 78%, namun mengambil masa sehingga minit ke-90 untuk melanggar bek Koln yang cukup liat.
Joshua Kimmich adalah pemain yang meraih gol penyamaan dan ia adalah menakjubkan daripada maestro bahagian tengah itu.
Pemain Jerman itu merembat dari jarak 35 ela yang singgah ke palang terlebih dahulu dan kemudian menggegarkan bahagian dalam jaring.
Marvin Schwabe yang menjadi sandaran Timo Horn di gawang Koln langsung tidak diberi peluang.
Selepas menjaringkan antara gol terbaik di Bundesliga musim ini, Kimmich tampil melakukan perayaan jaringan mirip Marcus Rashford yang perlahan-lahan menjadi satu sensasi dalam dunia bola sepak.
Jadi, anak buah Julian Nagelsmann masih berada di kedudukan teratas untuk mengekalkan mahkota domestik mereka meskipun jarak mata kini hanya 4 mata.
Tempat kedua liga, RB Leipzig membelasah FC Schalke 6-1 di tempat sendiri dengan bekas penyerang Chelsea, Timo Werner antara penyumbang jaringan.
Eintracht Frankfurt boleh mengurangkan jurang mereka kepada Bayern kepada hanya tiga mata jika berjaya mengalahkan Freiburg.
Selepas kekalahan 6-0 Freiburg kepada Wolfsburg pada Sabtu lalu, ramai yang mengharapkan Frankfurt untuk muncul sebagai pemenang dan meningkatkan tekanan ke atas pasukan Bavaria tersebut.