by klasikko in
UEFA Champions League

Erling Haaland telah menjaringkan dua lagi gol semasa aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Anak buah Pep Guardiola yang beraksi menentang pasukan Denmark, FC Copenhagen cukup berbisa dan mendominasi perlawanan dengan skor 3-0.

Dua gol pada babak pertama daripada penyerang bintang, sementara Riyad Mahrez mencetak satu lagi gol selepas Khocholava menjaringkan gol sendiri.

Bagaimanapun semasa digantikan pada waktu rehat, Haaland dilihat berang oleh wartawan dengan apa yang kelihatan seperti tercedera.

Pemain kebangsaan Norway yang prolifik itu telah digantikan oleh Guardiola semasa rehat dengan Cole Palmer.

Setakat ini, Haaland telah menyumbat 19 jaringan dalam penampilannya bersama Citizens.

Ia adalah satu rekod yang gila oleh mana-mana pemain terutamanya dia baru sahaja berusia 22 tahun.

Peminat City berharap agar kecederaan itu tidaklah serius dan Haaland beraksi seperti biasa untuk memecahkan rekod demi rekod yang lain.

Share Post:

Related Posts