by klasikko in
Premier League

Bulan lalu, Cristiano Ronaldo meluahkan hasratnya mahu meninggalkan Manchester United pada musim panas ini.

Tetapi pemergiannya masih menjadi persoalan kerana tiada kelab kelihatan berminat dengan pemain berusia 37 tahun itu.

Hasrat penyerang itu untuk meninggalkan kelab Manchester itu dikatakan berpunca kerana mengidam aksi di pentas Liga Juara-Juara.

Selain itu, dia meluahkan rasa kurang senang dengan urusan perpindahan United ketika itu.

Man United telah menandatangani Tyrell Malacia, Christian Eriksen dan Lisandro Martinez, tetapi itu belum lagi menjamin masa depan superstar Portugal untuk kekal.

Kelab terbaharu yang telah mengesahkan pendiriannya untuk tidak mahu menandatangani Ronaldo ialah Bayern Munich.

Pengarah Bayern, Hasan Salihamidzic baru-baru ini memberitahu Sport1 : “Saya sangat menghormati Cristiano Ronaldo serta kejayaannya dan kerjayanya.

“Tetapi sekali lagi, itu bukanlah topik utama untuk kami.

Hal ini berlaku selepas Chelsea mengetepikan diri mereka untuk menandatangani Ronaldo, walaupun pemilik baru iaitu Todd Boehly mengadakan perbincangan dengan ejennya, Jorge Mendes.

Menurut ESPN, penyerang veteran Man United tersebut juga ditawarkan kepada PSG oleh Mendes, tetapi juara Ligue 1 menolak kemungkinan menandatanganinya pada musim panas ini.

Ini menyebabkan Ronaldo berada dalam delima, pemain berusia 37 tahun itu kelihatan seperti dia boleh berjalan kembali ke Old Trafford dengan rasa hampa.

Share Post:

Related Posts