
Al Nassr berhasrat untuk mempercepatkan usaha mereka mengejar Cristiano Ronaldo dalam beberapa hari akan datang.
Menurut Fabrizio Romano, pihak dari kelab Arab Saudi itu telah membentangkan perjanjian yang menarik bersama penyerang itu di mana dia akan memperoleh £175.6 juta setiap musim sehingga 2025.
Pemain berusia 37 tahun tersebut meninggalkan Manchester United pada 22 November selepas mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya lebih awal.
Ianya berlaku selepas Ronaldo ditemu bual dengan Piers Morgan yang membuat tuduhan mengenai Erik ten Hag, lembaga pengarah dan bekas rakan sepasukan.
Kemudiannya, wawancara itu dikeluarkan dalam dua bahagian istimewa dan menimbulkan kekecohan di media sosial.
Sejak itu, Ronaldo hanya memberi tumpuan kepada Piala Dunia bersama Portugal tetapi menyaksikan pasukannya tersingkir di peringkat suku akhir.
Dengan kejohanan kini berakhir dan jendela perpindahan semakin hampir, hanya keputusan yang perlu dilakukan oleh pemain veteran tersebut.
Ejennya, Jorge Mendes sedang mencari destinasi yang sesuai dengan pemenang Ballon d’Or lima kali itu mencari kelab Eropah untuk disertai.
Bagaimanapun, masih belum ada hubungan kukuh dan Ronaldo mungkin terpaksa bermain musim pertamanya di luar Eropah jika bersetuju dengan tawaran lumayan Al Nassr.