

Pada masa akan datang, Jadon Sancho akan meninggalkan Borussia Dortmund namun pengarah Dortmund, Sebastian Kehl berkata mereka tidak akan menjual Sancho dengan harga murah pada musim panas ini.
Pemain kebangsaan England itu menjadi sasaran utama Ole Gunnar Solksjaer namun Manchester United telah terlepas tarikh 10 Ogos untuk menandatangani Sancho apabila United tidak sedia mengeluarkan dana £108 juta.

Kehl mengakui Sancho sememangnya menginginkan cabaran baru namun mereka tidak akan sesekali menjual bintang tersebut dengan harga murah.
Beberapa laporan mengatakan Manchester United telah memberikan tawaran dengan nilai sebanyak £73 juta untuk mendapatkan bekas pemain Manchester City itu.
“Kami perlu tunjukkan cara rundingan yang bagus. Dan harga €80 juta sememangnya tidak cukup untuk pemain seperti beliau.
“Kami perlu menjaga kelab dan penyokong, saya tidak mahu melepaskan beliau. Tanpa Jadon, kelab ini akan jadi teruk.

”Jadon telah berlatih dengan baik dan sangat profesional. Beliau gembira untuk bermain disini.
“Sudah tentu satu hari nanti beliau akan pergi untuk dapatkan cabaran baru namun untuk masa ini beliau sangat gembira di Borussia Dortmund dan kami gembira memiliki beliau.
”Beliau disini dan akan kekal disini. Ia kenyataan yang penting dari kelab kerana ia tanggungjawab kami. Tanpa Jadon, kelab ini akan jadi teruk,” kata beliau kepada media.
Musim lalu, Jadon Sancho sangat cemerlang apabila merekodkan 20 gol dan 20 bantuan gol. Beliau membantu Dortmund menamatkan Bundesliga di tangga kedua.
Sejak 12 bulan lalu, nilai beliau meningkat dan kerana itu Dortmund mahukan sekurang-kurangnya nilai beliau dijual dengan harga £100 juta.
Dortmund sememangnya terkenal dengan cara mereka yang dapat menjual produk mereka dengan harga mahal sedangkan mereka beli dengan harga lebih murah.
Ousmane Demebele, Christian Pulisic dan Pierre-Emerick Aubameyang semuanya telah berhijrah ke kelab lebih besar.

Wang hasil penjualan pemain seperti ini, Dortmund gunakan untuk membeli pemain berpotensi seperti Sancho, Jude Bellingham Dan Erling Braut Haaland.