
Romelu Lukaku turun untuk Piala Dunia 2022 kali ini dengan tahap kecergasan serta persembahan yang kurang memberangsangkan.
Wajar untuk mengatakan bahawa sumbangannya bersama Inter Milan setakat ini sama seperti tempohnya di Chelsea.
Dengan permainan gagal memecahkan kebuntuan 0-0 menentang Croatia, Belgium sedar misi wajib menang untuk menghidupkan peluang memandangkan Maghribi menewaskan Kanada.
Roberto Martinez telah menurunkan Lukaku untuk mencuba dan mengubah permainan.
Peluang telah dihidang di depan matanya, tetapi ia hanya singgah ke tiang sebelum detik penting yang gagal dimanfaatkan.
Walaupun bola sedikit terkeluar dari padang daripada hantaran lintang Kevin de Bruyne, Lukaku mempunyai gol terbuka untuk ditanduk selepas penjaga gol terlepas bola.
Ia merupakan kejohanan yang mengecewakan bagi skuad generasi emas Belgium.
Walaupun mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan, tetapi buat Red Devils ia adalah satu kekalahan terbesar dalam sejarah mereka apabila menempah tiket pulang lebih awal.