by admin in
Premier League

Roy Keane mengakui bahawa ‘menyaksikan perlawanan Manchester United adalah tidak elok untuk kesihatan’ sewaktu bekas kelabnya itu ditundukkan Southampton 2-0 pada separuh masa pertama.

Red Devils tersungkur dengan gol jaringan Jan Bednarek dan James Ward-Prowse di Stadium St. Mary’s, sebelum Edinson Cavani menjadi ilham kepada semangat kebangkitan mereka pada babak kedua untuk menuntut kemenangan 3-2 buat pasukan pelawat.

Sewaktu itu, Keane ditanya oleh penyampai sukan Sky Sports iaitu Dave Jones mengenai keadilan keputusan 2-0 pada babak pertama.

Lantas, bekas pemain Man Utd itu menjawab:

Saya rasa tidak. Saya fikir United mempunyai peluang yang baik.

Jelaslah, ia tidak elok untuk kesihatan kamu untuk menyaksikan aksi United.

Mereka telah terlepas 1 atau 2 peluang keemasan, bolos beberapa gol termasuklah gol sepakan percuma.

Masalahnya adalah kamu tidak tahu apakah kemampuan sebenar pasukan ini.

Kita telah mendengar dari Ole (Gunnar Solskjaer) dan David (de Gea) mengenai konsisten sebelum perlawanan. Mereka enggan menafikannya.

Keane berpendapat lihat aksi United boleh jejaskan kesihatan diri

Pemenang 20 kali Premier League itu ketinggalan ketika Bednarek menanduk bola masuk ke jaring apabila menerima sepakan sudut dari Ward-Prowse.

10 minit kemudian, pasukan tuan rumah melipatgandakan kelebihan mereka setelah Ward-Prowse dengan geniusnya meniru sepakan percuma ala-ala David Beckham.

Keane juga turut menghentam pemain tengah mereka, Fred kerana mengasari Moussa Djenepo yang menyebabkan The Saints memiliki set-piece.

Saya tidak menjangkakan yang penjaga gol akan ditewaskan di dalam sudut (sepakan percuma) seperti itu.

Saya kecewa dengan penjaga gawang, tetapi saya lebih kecewa dengan Fred yang menunjukkan sikap malas dan memberikan sepakan percuma di dalam kawasan itu, ia seolah-olah memberi sepakan penalti.

Sebelum perlawanan, mereka mengatakan bahawa mereka tidak akan memberi sebarang sepakan percuma di kawasan berbahaya.

Beliau benar-benar pemalas, saya telah mengkritik Fred selama bertahun-tahun dan mata saya tidak pernah membong, amat pemalas!

Keane terkejut De Gea bolos dari sepakan percuma dan anggap Fred bermain dengan lalai

PAPAN IKLAN

Tonton pelbagai siaran TV tempatan, luar negara, sukan dan banyak lagi dengan menggunakan internet dengan harga yang paling murah dan mudah melalui peranti Android dan iOS. Jika berminat, sila layari:

https://fgsstore.weebly.com/xflix.html

*Jika anda mempunyai sebarang produk, perniagaan atau sebagainya untuk kami promosikan, sila layari laman Facebook kami atau komen di ruangan di bawah untuk pertanyaan lanjut.

Share Post:

Related Posts

No Comments

Leave a Reply