by klasikko in
Premier League

N’Golo Kante adalah seorang pemain bola sepak yang hebat.

Pemain Perancis itu telah memenangi pelbagai trofi sepanjang kariernya sebagai pemain profesional.

Dia memenangi Piala Dunia bersama negaranya, manakala dia juga menjulang tujuh trofi di peringkat kelab, termasuklah Liga Juara-Juara dan dua gelaran Premier League.

Kante dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik di planet ini.

Salah satu daripada contoh terbaik yang membuktikan itu ialah pada 2019 apabila dia menghadiri majlis perkahwinan seorang peminat Chelsea.

Pemain tengah The Blues itu dijemput ke sebuah majlis perkahwinan Henna Khalid dan Raheel Malik oleh bapa pengantin perempuan, Frank Khalid.

Pada mulanya, dia tidak dapat hadir kerana komitmen dengan Chelsea dan pasukan kebangsaan Perancis.

Sayangnya, Kante mengalami kecederaan dan tidak dapat menyertai kem Les Bleus sekaligus membenarkannya menghadiri majlis perkahwinan itu.

Khalid memuat naik beberapa video dan foto Kante pada hari bahagia anaknya.

Bercakap tentang Kante, Khalid memberitahu The Sun: “Kami menjadi sahabat baik apabila saya diperkenalkan oleh seorang rakan dan dia singgah ke restoran saya.

“Saya menjemputnya dan pada asalnya dia tidak dapat hadir kerana komitmennya kepada pasukan kebangsaan Perancis.

“Tetapi kerana kecederaan, dia menghantar mesej pada saya dengan mengatakan dia akan datang.

“Saya dan seluruh keluarga sangat rapat dengan N’Golo, dia adalah antara orang pertama melawat saya ketika sedang menjalani pembedahan pada April 2018.

“Dia duduk sehingga majlis selesai dan sangat baik kepada semua orang.

“Dia juga menandatangani autograf dan mengambil swafoto dengan para tetamu.

“Nama anak perempuan saya Henna Khalid dan suaminya Raheel Malik. Dia seorang yang luar biasa serta baik hati.”

Tiada siapa yang boleh membenci Kante. Bukan sahaja pemain yang luar biasa, malah dia adalah seorang yang berbudi pekerti.

Share Post:

Related Posts