by klasikko in
Premier League

Manchester United meneruskan rentak kemenangan di Premier League, awal pagi tadi.

Pasukan Erik ten Hag menewaskan Nottingham Forest dan Wolverhampton Wanderers dalam dua perlawanan pertama selepas cuti musim sejuk Piala Dunia 2022.

Kemenangan itu mengukuhkan mereka sebagai pilihan untuk posisi empat teratas dan ia ditambah dengan pungutan 3 mata ke atas Bournemouth.

United melakar kemenangan 3-0 di Old Trafford hasil jaringan Casemiro, Luke Shaw dan Marcus Rashford yang nampak buas di depan jaring.

Secara keseluruhannya, ia adalah malam yang hebat untuk Red Devils, sementara Lisandro Martinez kembali beraksi selepas memenangi Piala Dunia bersama Argentina.

Bagaimanapun, ada juga satu perkara negatif terbesar untuk Ten Hag dan stafnya.

Pada separuh masa pertama, United mendahului 1-0 hasil jaringan pembukaan Casemiro.

Donny van de Beek secara mengejutnya membarisi kesebelasan utama telah mengalami kecederaan lutut yang kelihatan sangat buruk.

Pemain tengah Belanda itu benar-benar bergelut untuk minit permainan sejak tiba di England dan menambah malang apabila menerima terjahan dari pertahanan Bournemouth, Marcos Senesi.

Lutut Van de Beek bengkok ke arah yang salah di bawah asakan keras dan dia akhirnya meninggalkan padang sambil menangis.

Pemain sensasi remaja, Alejandro Garnacho masuk sebagai penggantinya.

Van de Beek jelas dalam kesakitan ketika dirawat oleh kakitangan perubatan, sekurang-kurangnya sesuatu itu adalah satu petanda yang positif.

Ramai peminat mengharapkan dia pulih sepenuhnya secepat mungkin.

Selain daripada kecederaan Van de Beek, kemenangan terbaru United bermakna mereka kini menyamai mata dengan pasukan tangga ketiga, Newcastle United.

Skuad bimbingan Eddie Howe terikat seri 0-0 dengan Arsenal, mereka berada di atas United kerana mempunyai perbezaan gol yang cukup ketara.

Selepas rehat Piala FA hujung minggu ini, pasukan Ten Hag melayan saingan sengit Manchester City di Old Trafford sebelum bertandang ke Arsenal pada hujung minggu berikutnya.

Sukar untuk melihat Red Devils mengutip enam mata daripada dua perlawanan itu.

Tetapi andai mereka berjaya melakukannya, tidak mengejutkan untuk melihat secara tiba-tiba menjadi pilihan untuk menjuarai EPL.

Share Post:

Related Posts