
Tottenham sekali lagi gagal mencapai kemenangan ketika mereka sangat hampir untuk menoktahkan tiga mata.
Kali ini mereka diikat pasukan di zon penyingkiran, Everton.
Malam Everton dilihat seperti di hujung tanduk apabila pemain tengah mereka, Abdoulaye Doucoure dilayangkan kad merah selepas mengasari Harry Kane.
Provokasi yang dicetuskan Harry Kane dengan menarik baju Doucoure membawa rasa tidak puas hati pemain Everton itu yang terlihat mengasari muka Kane menggunakan tangan.
Pengadil tanpa was was terus melayangkan kad merah kepada pemain tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong Everton.
Sama ada ia wajar atau tidak, ramai orang berpendapat situasi itu sepatutnya tidak berakhir dengan kad merah, mungkin kad kuning saja sudah memadai untuk Doucoure.