by klasikko in
Piala Dunia

Son Heung-min menangis selepas harapan Korea Selatan di Piala Dunia terkubur dengan kekalahan kepada Ghana.

Tetapi itu tidak menghalang salah seorang jurulatih Black Stars yang cuba berswafoto dengannya.

Korea Selatan semakin hampir menempah tiket penerbangan pulang dari Qatar dalam peringkat kumpulan selepas kekalahan 3-2.

Mereka sebenarnya bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menyamakan kedudukan, tetapi gol Mohammed Kudus pada minit ke-68 memberikan kemenangan kepada Ghana.

Keputusan itu bermakna Korea Selatan perlu menewaskan Portugal dalam perlawanan terakhir Kumpulan H mereka untuk berpeluang layak.

Son yang beraksi untuk Tottenham Hotspur telah beraksi dalam kejohanan dengan memakai topeng pelindung selepas patah soket matanya.

Dia bersama beberapa rakan sepasuka lain bengang selepas pengadil Antony Taylor meniup wisel lebih awal dan tidak membenarkan Taegeuk Warriors mengambil sepakan sudut.

Jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento dilayangkan kad merah kerana membantah dan kemudian tangannya ditepis apabila dia cuba memeluk Son yang jelas kecewa selepas itu.

Mungkin selepas tersedar tentang keputusan itu tidak diendahkan, Son tiba-tiba menangis.


Dia terbongkok di padang dan ditenangkan oleh beberapa pemain dan jurulatih Ghana termasuklah pembantu pengurus, George Boateng.

Semasa Boateng bersembang dengan Son, seorang lagi staf kejurulatihan Ghana tidak melepaskan peluang untuk menangkap selfie.

Dia dilihat meletakkan lengannya di bahu bintang Spurs itu dan mengambil gambar curi.

Boateng menasihatinya untuk tidak menganggunya sebelum Son berlalu pergi.

Harapan Korea Selatan untuk layak ke pusingan seterusnya tipis, manakala Ghana berpeluang cerah selepas kemenangan pertama mereka.

Share Post:

Related Posts