
Jurgen Klopp memberi respon kepada idea yang diketengahkan pemilik Chelsea, Todd Boehly untuk memperkenalkan permainan ‘Utara lawan Selatan All Star’.
Boehly yang mengetuai konsortium pengambilalihan Chelsea bernilai £4.25 bilion pada Mei lalu.
Dia percaya Premier League mampu menjana wang untuk piramid bola sepak Inggeris dengan memperkenalkan perlawanan seperti itu.
“Saya harap EPL mengambil sedikit contoh daripada sukan Amerika dan benar-benar mula memikirkannya,” kata Boehly pada persidangan SALT di New York.
“’Mengapa kita tidak melakukan kejohanan dengan empat pasukan terbawah? Kenapa tidak ada permainan All-Star?’
“Kamu boleh melangsungkan perlawanan All-Star antara pasukan Utara dengan Selatan di EPL dan membiayai apa sahaja yang diperlukan oleh piramid dengan mudah.
Semua orang suka dengan idea untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan kepada liga domestik.”
Idea tersebut telah mencetuskan respon yang berbeza-beza daripada peminat.
Walaupun sesetengah percaya pemikiran serius harus diberikan kepada idea itu, manakala yang lain merasakan rancangan Boehly tidak sesuai dengan bola sepak Inggeris.
Klopp diminta untuk meluahkan pemikirannya mengenai idea Boehly.
Jurulatih Jerman yang disegani itu berkata dalam sidang akhbar selepas perlawanannya: “Dia tidak teragak-agak, dia tidak menunggu lama! Oh hebat!
“Bila dia jumpa tarikh yang sesuai, dia boleh hubungi saya!
“Dia lupa bahawa dalam sukan besar di Amerika pemain ini mempunyai rehat empat bulan, jadi mereka agak gembira untuk bersukan dalam waktu rehat itu.
“Ia sama sekali berbeza dalam bola sepak.
“Apa yang boleh saya katakan? Adakah dia mahu membawa Harlem Globetrotters dan membiarkan mereka bermain menentang pasukan bola sepak?
“Saya terkejut dengan soalan itu, jadi tolong jangan terlalu menilai jawapan saya tetapi mungkin dia boleh menjelaskannya kepada saya pada satu ketika dan mencari tarikh yang sesuai.
“Saya tidak pasti terlalu ramai yang mahu melihatnya. Bayangkan pemain Manchester United, pemain Liverpool dan pemain Everton semuanya bersama-sama dalam satu pasukan. Ia bukan pasukan kebangsaan.
“Perlawanan yang menarik… dan semua pemain London bersatu. Arsenal dan Tottenham… adakah dia benar-benar berkata begitu? Menarik…”
Kita boleh tahu daripada komen dan lenggok badan Klopp bahawa dia sangat skeptikal tentang idea itu.
Dia tidak nampak rancangan Boehly akan berjaya kerana dua sebab.
Pertama sekali, nampaknya tiada masa yang cukup dalam kalendar bola sepak yang sungguh padat bagi melangsungkan permainan All-Star.
Dan kedua, permainan itu akan melibatkan pemain dari kelab saingan yang dipaksa bermain bersama.
Ia seperti pasukan kebangsaan tetapi negara berlainan bersaing untuk pihak yang sama.