by klasikko in
UEFA Nations League

Jude Bellingham dilihat termuntah di atas padang menjelang penghujung perlawanan di antara Jerman lawan England selepas mempamerkan aksi cemerlang.

Bellingham masuk sebagai pemain gantian kepada Kalvin Phillips yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan di Munich dalam pertembungan UEFA Nations League.

Tetapi pemain berusia 18 tahun itu memberikan impak yang besar buat negaranya di bumi yang beliau mencari rezeki.

Pemain tengah Borussia Dortmund tersebut hampir berada di mana-mana semasa persembahan penuh aksinya.

Beliau kerap menutup peluang pemain Jerman sambil menarik perhatian penonton dengan bola di kakinya.

Bagaimanapun, penampilan bertenaga dari Bellingham ada kesan buruknya.

Beberapa saat sebelum wisel panjang ditiupkan, Bellingham dilihat membongkok selepas berlari.

Kemudian, beliau muntah di atas padang, betul-betul di luar kawasan kotak penalti England.

Walaupun merana kesakitan, persembahan Bellingham telah mengagumkan ramai peminat Three Lions.

Menjelang perlawanan Jerman, Bellingham disokong untuk memberi impak di Piala Dunia Qatar oleh Danny Murphy, walaupun baru sahaja berusia 18 tahun.

“Apabila menerima panggilan untuk bermain bersama England pada usia 18 tahun adalah luar biasa,” tulis Murphy dalam Daily Mail.

“Dia sudah mendapat lebih banyak pengalaman dalam permainan berbanding ramai pemain bola sepak berusia dua puluhan yang lain.

“Ia menunjukkan betapa sukarnya untuk Bellingham dan saya mengesyaki Southgate akan menurunkan Declan Rice, Kalvin Phillips atau Mason Mount di Qatar.

“Pada usianya, Bellingham mempunyai beberapa perlawanan di mana dia kelihatan cemerlang, manakala yang lain di mana dia kurang menyerlah.

“Untuk jangka masa panjang, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa dia akan menjadi seorang yang luar biasa dan pemain tetap England.

“Ia hanyalah satu harapan yang tinggi untuk dia mencapainya menjelang November.

“Bellingham mungkin mempunyai beberapa tahun untuk berkembang bersama kelab dan pasukan England.

“Selepas itu dia akan menjadikannya sebagai satu batu loncatan.

“Dia telah menunjukkan di Borussia Dortmund yang dia mempunyai mentaliti untuk menghadapi tekanan.”

Share Post:

Related Posts