by klasikko in
Premier League

Juan Mata mengakui beliau mungkin akan kekal di England dengan banyak tawaran telah dikemukan kepada pemain veteran itu.

Mata sah meninggalkan Manchester United baru-baru ini, selepas menghabiskan lapan tahun bersama kelab tersebut.

Mata masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya.

Beberapa kelab Sepanyol dilaporkan berminat serta pasukan Major League Soccer (MLS).

Beliau juga menjelaskan bahawa tiada perancangan lagi untuk bersara daripada karier bola sepak.

Bagaimanapun mungkin terdapat minat yang lebih dekat di England.

Pemain berusia 34 tahun itu menarik minat beberapa kelab Premier League yang berbeza ditambah pula pengalamannya di peringkat tertinggi.

Dalam kerjayanya, Mata telah memenangi pelbagai pertandingan elit seperti Copa Del Ray 2007/08 bersama Valencia, Liga Juara-Juara 2011/12 bersama Chelsea serta Piala Dunia 2010 untuk negaranya.

Pemergian Mata diikuti dengan Jesse Lingard, Paul Pogba dan Nemanja Matic yang turut meninggalkan Old Trafford.

Perubahan itu adalah sebahagian daripada projek baik pulih yang lebih besar oleh pengurus baharu, Erik Ten Hag.

Bos baru dari Belanda itu berharap dapat mencari pengganti Mata termasuklah bintang Barcelona, ​​Frenkie De Jong.

Kelab itu juga berharap untuk membawa masuk pertahanan Ajax, Jurrien Timber dan penyerang Benfica iaitu Darwin Nunez.

Share Post:

Related Posts