by klasikko in
Antarabangsa

Penyerang Newcastle United, Joelinton adalah salah satu contoh mengapa hidup tidak perlu untuk berputus asa bagi mencapai impian.

Walaupun diejek oleh peminatnya sendiri selepas prestasi buruk menyaksikan dia bergelut di depan gawang di bawah bekas pengurus Newcastle Steve Bruce.

Kini, Joelinton telah mengubah kariernya di bawah bos semasa, Eddie Howe.

Kini secara meluas dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik The Toons, pemain tengah Brazil itu sudah pasti menjadi salah seorang pemain terpenting kelab itu.

Hasil prestasi domestiknya yang mengagumkan, pemain berusia 26 tahun itu baru-baru ini diberi peluang untuk mewakili negaranya, Brazil.

Diberi kepercayaan dalam debut pertamanya sewaktu perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Guinea, pemain nombor tujuh yang amat digemari Newcastle bukan sahaja tampil tetapi juga membuka jaringan perlawanan.

Walaupun jaringannya hanyalah daripada bola muntah, namun detik manis itu sukar untuk dilupakannya.

Skuad Samba mencipta kemenangan besar 5-1 ke atas pasukan dari benua Afrika itu.

Share Post:

Related Posts