by klasikko in
Premier League

Hari terakhir Premier League musim 2021/22 adalah sebuah hiburan yang mencapai tahap tertinggi.

Terdapat begitu banyak andaian dan ramalan pada perlawanan akhir EPL, termasuklah memenangi gelaran itu sendiri.

Manchester City sedar mereka perlu menewaskan Aston Villa untuk meraih trofi, sesuatu yang mengejutkan andai mereka gagal berbuat demikian.

Pada minit ke-75 perlawanan di Stadium Etihad, skuad kendalian Pep Guardiola ketinggalan 2-0 selepas jaringan mengejut oleh Matty Cash dan Philippe Coutinho.

Tetapi pada minit ke-81, City mengubah semula kedudukan.

Dua gol daripada Ilkay Gundogan dan satu gol cantik oleh Rodri melengkapkan kebangkitan semula terpantas.

Ia muncul hanya sekelip mata sehinggakan pemain Liverpool langsung tidak menyedari apa yang berlaku di Manchester apabila mereka mendahului menentang Wolverhampton Wanderers.

Mohamed Salah adalah penjaring gol yang menjadikan kedudukan 2-1 dan penyerang Mesir itu meraikannya seolah-olah ia adalah gol yang memenangi liga.

Bagaimanapun, kegembiraan Liverpool berubah dengan pantas apabila peminat di tempat penonton memaklumkan bahawa City sebenarnya berada di depan 3-2.

Joel Matip adalah salah seorang pemain The Reds yang bertanyakan skornya dan rakaman peminat di tepi padang tersebar meluas di media sosial.

Matip terdesak untuk mengetahui sama ada jaringan Salah telah meletakkan mereka di puncak liga, walaupun jawapan yang diterimanya kurang enak untuk didengar.

Meskipun Liverpool terlepas satu trofi, pasukan Jurgen Klopp boleh berbangga dengan usaha mereka.

Mereka kini akan beralih perhatian kepada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Paris.

The Reds akan cuba memenangi treble selepas menjulang Piala FA dan Piala Carabao.

Share Post:

Related Posts