by klasikko in
Premier League

Penyerang Nottingham Forest, Jesse Lingard pasti menyesal kerana tidak menyertai The Hammers dakwa seorang wartawan perpindahan, Dean Jones.

Meskipun seringkali hangat dikaitkan untuk kembali ke timur London, Lingard mengumumkan keputusan secara mengejut dengan menyertai Nottingham Forest.

Oleh kerana kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, Lingard menemui pasukan yang baru sahaja dinaik pangkat ke Premier League iaitu Forest.

Dia menandatangani kontrak £80 ribu seminggu hanya dua minggu sebelum musim bermula.

“Saya rasa dia sepatutnya menyesal. Ia jelas persekitaran yang lebih baik untuknya, dia akan bermain dan berjaya di sana (West Ham).

“Terdapat beberapa sebab mengapa dia memilih Nottingham Forest sebaliknya, tetapi saya fikir ia adalah satu kesilapan.” kata wartawan, Dean Jones.

Pemain berusia 29 tahun itu masih belum mencatatkan sebarang gol atau bantuan di liga untuk kelab barunya.

Share Post:

Related Posts