by klasikko in
Piala Dunia

Sepakan percuma cemerlang Marcus Rashford menentang Wales awal pagi tadi adalah yang pertama di Piala Dunia sejak rembatan deras Kieran Trippier pada 2018.

Penyerang Manchester United itu menjaringkan dua gol untuk memastikan England mara ke Pusingan 16.

Mereka akan menentang Senegal pada Ahad, 5 Disember selepas menamatkan saingan sebagai pendahulu Kumpulan B.

Penyokong Three Lions pasti hampir terlupa kali terakhir mereka menyumbat gol dari sepakan percuma kerana ia adalah milik Trippier pada pentas separuh akhir empat tahun lalu.

Dia membuka jaringan pada minit kelima menentang Croatia sekaligus membuatkan pemain dan penyokong mengimpikan slot ke final.

Anak buah Gareth Southgate dikecewakan pada separuh masa kedua selepas Croatia menjaringkan dua gol tanpa balas.

Mereka kemudiannya mara ke final EURO 2020, malangnya digagalkan kerana penentuan sepakan penalti di Stadium Wembley.

Tahun ini membuka peluang kepada England untuk melangkah lebih jauh dan menamatkan 56 tahun penantian yang lama.

Share Post:

Related Posts