
Thierry Henry dianggap sebagai salah seorang pemain terhebat yang pernah beraksi di Premier League.
Pemain Perancis itu tiba di Arsenal pada 1999 dari Juventus sebagai pemain sayap tidak dikenali dengan hanya semurah £11 juta.
Kemudian, beliau menjadi salah seorang penyerang bola sepak terbaik yang pernah dilihat.
Selama lapan tahun di Arsenal, beliau adalah penjaring terbanyak kelab dengan menyumbat 226 gol dalam 370 penampilan.
Henry mengetuai kelab London utara itu meraih dua gelaran EPL dan dua Piala FA.
Beliau juga membantu Gunners mengharungi keseluruhan liga musim 2003/04 tanpa kalah, satu pencapaian yang sukar diulangi semula.
30 golnya dalam 37 perlawanan liga musim itu adalah persembahan terbaiknya dari segi gol.
Henry mempunyai semua ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang penyerang berkualiti tinggi.
Kekuatan, pergerakan yang luar biasa, kebolehan penyudah yang menggerunkan dan rentak yang tidak masuk akal.
Dengan atau tanpa bola, Henry selalu menjadi pemain terpantas di atas padang pada bila-bila masa.
Tetapi kadangkala, ketangkasan beliau boleh menjadi kelemahan bagi dirinya sendiri.
Itulah yang berlaku apabila Arsenal bertandang ke Man Utd semasa pertembungan ‘Battle of Old Trafford’ yang terkenal pada September 2003.
Kita semua tahu bagaimana kesudahannya, Ruud van Nistelrooy merembat sepakan penalti yang singgah ke palang dan perbalahan berlaku selepas itu.
Tetapi apa yang kita mungkin terlupa ialah keputusan ofsaid menentang Henry pada awal perlawanan.
Dennis Bergkamp melorongkan bola kepada Henry yang kelihatan berjaya melepasi gol sehingga bendera penjaga garisan diangkat.
Dalam ulasan bersama, Andy Gray mengkritik Henry kerana membuat larian terlalu awal.
“Tidak perlu,” kata Gray.
“Tidak perlu. Dia akan kecewa dengan dirinya sendiri. Dia hanya pergi terlalu awal.
“Apabila kamu mempunyai jenis kepantasan yang dimiliki, ia tidak perlu.”
Bagaimanapun, tayangan semula menunjukkan bahawa Henry jelas berada dalam kedudukan onsaid dan Gray kelihatan agak bingung.
“Dia berada di kawasan sendiri. Lihat itu. Begitu pantasnya dia,” pantas Gray membalas.