by klasikko in
EURO 2020 Legend

Skuad kebangsaan Belgium telah mengesahkan bahawa Thierry Henry sekali lagi akan bergabung dengan kakitangan kejurulatihan Roberto Martinez di Twitter.

Lagenda Arsenal tersebut adalah penolong jurulatih pasukan Red Devils, tetapi mengundurkan diri buat sementara waktu untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang pengurus.

Boleh dikatakan perancangan Henry tidaklah berjalan dengan sempurna, namun menjelang kejohanan EURO 2020, beliau memutuskan untuk mengisi semula tempatnya.

Sekembalinya Henry ke AS Monaco dengan begitu mengecewakan, beliau menaikkan reputasinya semula dengan menguruskan Montreal Impact pada tahun 2019.

Setelah meninggalkan Major League Soccer (MLS) kerana urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan, beliau menuju EURO 2020 dengan satu niat di hati.

Roberto Martinez sedar bahawa ‘generasi emas’ Belgium berpotensi besar untuk memenangi kejuaraan eropah itu dan baginya Henry adalah insan yang tepat untuk membantunya.

PAPAN IKLAN

🦋SHAWL DIAMOND COTTON🦋
[NEW RELEASE]#stayathome

– 1 helai postage : SM Rm8 / SS RM12
– 3 helai postage : SM Rm10 / SS RM15

Hubungi details tertera untuk tempahan:

Whatsapp

Instagram

Share Post:

Related Posts